Wednesday, September 24, 2008

TERIMA KASIH SEMUA

Alhamdulillah akhirnya tamat juga sesi praktikum yang saya lalui selama 3 bulan berada di Bentong. Sepanjang menjalani praktikum tersebut telah banyak pengalaman pahit manis saya bergelar guru pelatih. Pada mulanya apabila mengetahui saya diarahkan oleh pihak maktab untuk menjalani praktikum di Bentong, hati saya amat gusar kerana dengan keadaan diri yang tidak pernah menjejakkan kaki ke Bentong di tambah pula dengan ketiadaan pengangkutan sendiri menambahkan lagi kerisauan di dalam diri saya. Dengan bantuan rakan-rakan di sini dapat juga saya harunginya dengan tabah. Terima kasih kepada kawan-kawan yang selama ini membantu. Tanpa anda semua amat sukar untuk saya menempuh segala dugaan ini. Biarpun perkenalan kita tidak sampai setahun, jalinan kemesraan yang ditunjukkan membuatkan saya amat terharu. Tidak mungkin dapat saya lupakan sampai bila-bila. Harapan saya kepada anda semua mudah-mudahan kita semua dapat mencurahkan segala ilmu yang ditimba sepanjang kita berada di maktab mahupun sewaktu menghadiri praktikum. Mudah-mudahan generasi yang bakal kita bina kelak mampu menjadi sebahagian daripada sumber manusia yang berguna kepada bangsa, agama dan tanah air. Sekian.

1 comment:

W. NASHURIN W.HANAFI said...

Bagusla..mudah-mudahan jadi cikgu yang baik nanti..