Tuesday, October 14, 2008

RUMAHKU SYURGAKU

Rumah merupakan suatu keperluan asas manusia. Sejarah telah membuktikan bahawa manusia mula menduduki gua sebagai tempat berlindung semasa petempatan awal. Akibat perubahan zaman, manusia mula mempelbagaikan jenis petempatan mereka. Di samping itu, faktor-faktor luaran juga menyumbang kepada rekabentuk dan jenis rumah di negara kita. Kita perlu menghargai rumah sebagai tempat tinggal dan menjadikan rumah sebagai "Rumahku Syurgaku". Kita juga perlu menjadikan rumah sebagai suatu tempat istimewa dalam kehidupan kita.

Faktor yang mempengaruhi jenis rumah di Malaysia ialah dari segi sejarah, geografi, keselamatan, keselesaan dan kepadatan penduduk. Dari sudut sejarah, jenis rumah biasanya dipengaruhi oleh pendatang asing dan rekabentuk rumah. Di Malaysia terdapat beberapa rekabentuk rumah yang dipengaruhi oleh negara luar contoh Rumah Kutai dimana rekabentuk dipengaruhi dari Aceh. Bumbungnya berbentuk V terbalik, lokasi rumah jenis ini banyak terdapat di negeri Perak Darul Ridzuan. Selain itu, rumah Minagkabau berasal dari Sumatera. Rekabentuk bumbungnya ialah seperti tanduk kerbau dan kebanyakkan rumah jenis ini mudah didapati di Negeri Sembilan.

Terdapat dua faktor geografi yang mempengaruhi jenis rumah di Malaysia iaitu bentuk muka bumi dan ciri fizikal yang mempengaruhi tempat tinggal. bentuk muka bumi seperti keadaan tanah pamah, tanah tinggi dan pinggir laut perlu diambil kira. ciri fizikal pula ialah iklim dan tumbuhan. Antara jenis rumah yang dibina di atas tanah pamah ialah pangsapuri dan teres. Tanah tinggi pula banglow dan sebandung. Manakala di pinggir laut kebiasaannya rumah bagan dan rumah rakit. Sebuah rumah yang selesa mempunyai ruang-ruang asas seperti bilik air, bilik tidur, ruang tamu dan ruang dapur.